‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

KOTA KINABALU — Sempena ulang tahun UMNO yang ke-80 pada 11 Mei ini, parti itu kini berada di persimpangan penting yang menuntut bukan sahaja muhasabah terhadap legasinya, malah perubahan strategik yang lebih tegas bagi memastikan ia terus relevan dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar.

‎Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, meskipun sejarah UMNO kekal kukuh dan berakar dalam landskap politik negara, persoalan utama kini ialah sama ada parti itu masih mampu mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang secara berkesan.

‎“Cabaran hari ini bukan lagi soal legasi, tetapi impak.

‎”UMNO perlu meletakkan dirinya dalam posisi yang kompetitif di bawah sistem pilihan raya ‘first-past-the-post’ yang diamalkan di negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

‎Menurut Salleh, realiti politik semasa menuntut kerjasama, bukannya perpecahan.

‎“UMNO mesti bekerjasama dengan rakan-rakan yang berkongsi matlamat yang sama.

‎”Mengelakkan perpecahan undi amat penting jika kita benar-benar serius untuk memaksimumkan peluang kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.

‎Bekas Ketua Menteri Sabah itu menegaskan setiap keputusan pada masa depan perlu dipandu oleh strategi dan bukannya sentimen.

‎“Pilihan yang bakal dibuat mestilah jelas dan berasaskan data.

‎”Kita tidak mampu membuat keputusan berlandaskan emosi semata-mata.

‎”Kita perlu menilai kekuatan, realiti di peringkat akar umbi serta kelebihan strategik,” katanya.

‎Menyentuh mengenai Sabah, Salleh berkata, UMNO wajar mempertimbangkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), memandangkan isu-isu tempatan kini semakin seiring dengan platform gabungan tersebut.

‎“Kerjasama yang tersusun serta pengagihan kerusi yang teratur akan menjadi kunci bagi memastikan kejayaan pilihan raya di negeri ini.

‎”Bagi Sarawak pula, pendekatan pragmatik adalah pilihan terbaik.

‎“Barisan Nasional tidak perlu bertanding di Sarawak, sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), selaras dengan realiti politik sedia ada,” ujarnya.

‎Salleh turut menyorot perubahan tingkah laku pengundi yang kini lebih matang dan berorientasikan isu.

‎“Pengundi hari ini memberi perhatian kepada ketelusan, integriti, pengurusan ekonomi dan kos sara hidup.

‎”Inilah isu-isu yang akan menentukan keputusan pilihan raya.

‎”Walaupun berdepan pelbagai cabaran, saya yakin UMNO mampu terus bertahan sekiranya parti mengambil pendekatan strategik yang tepat serta memperkukuh kerjasama dengan rakan politik yang relevan.

‎“UMNO telah bertahan selama 80 tahun, namun masa depannya bergantung kepada sejauh mana ia mampu menyesuaikan diri dengan realiti politik semasa,” kongsinya.

‎Dalam pada itu, beliau berkata, kestabilan kepimpinan amat penting ketika UMNO melalui fasa baharu ini.

‎Salleh turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas usaha mengekalkan kestabilan dan memimpin parti dalam suasana politik yang kompleks.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman