UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan itu mencerminkan respons positif orang ramai, khususnya golongan muda, susulan langkah mempermudah proses penyertaan ke dalam parti.

“Berdasarkan statistik setakat jam 8 pagi tadi, sayap Pemuda mencatatkan angka tertinggi dengan 8,233 ahli, diikuti Puteri (1,290) dan Wanita (1,240).

“Seawal jam 8.30 pagi, kita dapat lihat mereka sudah beratur beramai-ramai. Trend peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif yang berlaku hampir setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Johor muncul sebagai negeri dengan jumlah pendaftaran tertinggi, diikuti Pahang dan Perak, sekali gus mencerminkan momentum sokongan yang semakin meluas.

“Ini menunjukkan apa yang dihasratkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila membentangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk tidak lagi menyusahkan ataupun menyulitkankan anak-anak muda untuk menyertai UMNO dengan mempermudahkan mereka mengisi borang keahlian,” katanya.

Penambahan keahlian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pengukuhan parti sempena penganjuran Konvensyen 80 Tahun UMNO.

Program berkenaan turut menjadi wadah penting untuk memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan akar umbi selain menilai semula hala tuju parti dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Foto: NSTP

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman