Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

LIMBANG – Majlis Daerah Limbang (MDL) akan melaksanakan kerja membaik pulih siling bangunan Tamu Limbang yang runtuh menerusi projek naik taraf bernilai RM1 juta hasil pembiayaan kerajaan Sarawak.

Pengerusinya, Sufian Mohat berkata, pihak MDL bersama kontraktor telah membuat penilaian segera di lokasi kejadian sejurus insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, kawasan meja jualan sayur yang terjejas telah ditutup untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan yang dijadualkan bermula pada Mei ini.

“Lawatan segera ke lokasi telah diadakan dan tindakan awal diambil dengan menutup kawasan terlibat sementara menunggu kerja baik pulih dilaksanakan,” katanya ketika ditemui media.

Sufian menjelaskan, projek naik taraf itu bukan sahaja melibatkan pembaikan siling, malah ia turut merangkumi perancangan penempatan semula pasar ikan Limbang ke bahagian belakang tamu berkenaan.

Katanya, konsep baharu yang diperkenalkan kelak adalah berasaskan persekitaran yang lebih kering, bersih, kondusif dan sistematik.

“Cadangan ini diilhamkan bersama peniaga ikan bagi mewujudkan suasana pasar yang lebih menarik dan selesa kepada pengunjung,” ujarnya lagi.

Terdahulu dalam kejadian pada Sabtu lalu, beberapa peniaga sayur berdepan detik cemas apabila sebahagian struktur siling bangunan tiba-tiba runtuh lalu menimpa meja jualan mereka. 

Bagaimanapun, insiden terbabit disahkan tidak melibatkan sebarang kecederaan walaupun ia sempat mencetuskan suasana panik dalam kalangan peniaga dan pengunjung di lokasi kejadian.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor