Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

LEEDS United hampir pasti mengekalkan status mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Burnley 3-1 awal pagi tadi.

Jaringan Anton Stach, Noah Okafor dan Dominic Calvert-Lewin memastikan skuad kendalian Daniel Farke kini sembilan mata di atas zon penyingkiran dengan hanya berbaki empat perlawanan untuk pencabar di bawah mereka.

Leeds sebelum ini gagal mara ke final Piala FA pertama sejak 1973 selepas tewas 0-1 kepada Chelsea di Wembley minggu lalu.

Namun kemenangan itu melonjakkan mereka ke tangga ke-14 dalam musim pertama kembali ke EPL yang dianggap cukup memberangsangkan, sekali gus bersama Sunderland memecahkan trend kelab yang naik liga tersingkir semula.

“Tiga mata ini amat besar buat kami,” kata Farke.

“Tugas belum selesai lagi. Kami hanya akan meraikannya apabila semuanya sah secara matematik, tetapi 43 mata adalah pencapaian yang baik.”

Kejayaan kekal dalam EPL juga penting buat Farke yang mahu menepis keraguan terhadap kemampuannya di liga utama England.

Sebelum ini, pengendali dari Jerman itu dua kali mengemudi Norwich City naik ke EPL, namun gagal mengekalkan kelab itu di saingan tertinggi.

“Sudah tentu ini langkah besar buat kami malam ini.

“Meraih 10 mata daripada empat perlawanan terakhir dalam tempoh penuh tekanan sebagai kelab baru naik liga adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Burnley pula sebelum ini hanya tewas perbezaan gol kepada Leeds dalam perebutan gelaran divisyen kedua musim lalu.

Namun The Clarets bergelut untuk menyesuaikan diri di EPL dan tersingkir buat kali ketiga dalam tempoh tiga musim.

Burnley turut memecat pengurus Scott Parker kelmarin walaupun dia memiliki rekod cemerlang membawa tiga kelab berbeza naik dari divisyen kedua.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai