PSG atasi Bayern di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara

PARIS Saint-Germain (PSG) menewaskan Bayern Munich 5-4 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara yang penuh dramatik awal pagi tadi, sekali gus muncul perlawanan dengan jaringan terbanyak pada tahap itu dalam sejarah pertandingan.

Khvicha Kvaratskhelia dan Ousmane Dembele masing-masing meledak dua gol ketika PSG membawa bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Allianz Arena minggu depan.

Babak pertama berlangsung penuh dramatik apabila Harry Kane meletakkan Bayern di depan menerusi sepakan penalti sebelum Kvaratskhelia menyamakan kedudukan dan Joao Neves meletakkan PSG di depan di Parc des Princes.

Michael Olise kemudian menjadikan kedudukan 2-2, namun penalti Dembele pada masa kecederaan babak pertama memastikan juara bertahan itu kembali mendahului.

Kvaratskhelia dan Dembele sekali lagi menemui sasaran selepas rehat untuk menjadikan kedudukan 5-2 sebelum Bayern bangkit menerusi Dayot Upamecano dan Luis Diaz.

Kapten PSG, Marquinhos menyifatkan aksi itu sebagai antara perlawanan terbaik pernah disertainya.

“Saya pasti semua pencinta bola sepak amat menikmati perlawanan ini. Ia benar-benar menyeronokkan dan inilah jenis perlawanan yang kami impikan sejak kecil,” katanya.

PSG kini mempunyai kelebihan menjelang aksi timbal balik di Munich, lokasi mereka membelasah Inter Milan 5-0 pada final musim lalu.

Namun Bayern tetap yakin mampu bangkit di laman sendiri.

“Kami terus berjuang dan kembali menghidupkan peluang. Saya fikir kedua-dua pasukan bertahan dengan baik walaupun ada sembilan gol,” kata Kane.

PSG kini memburu status sebagai pasukan kedua era moden Liga Juara-Juara yang berjaya mempertahankan kejuaraan, manakala Bayern mahu kembali ke final buat kali pertama sejak 2020.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai