Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

JOHOR BAHRU – Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, permohonan diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri.

“Daripada angka 10,000 itu, 60 peratus adalah orang yang (berusia) di bawah 40 tahun dan ke bawah,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif berkenaan pada sidang media selepas melawat projek menaik taraf Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pencapaian itu sekali gus menunjukkan UMNO masih menjadi pilihan orang muda.

Ahmad berkata, antara yang mendorong kejayaan UMNO menarik ahli baharu adalah kesediaan dan keterbukaan parti itu menerima kembali ahlinya yang dipecat.

Rumah Bangsa ialah inisiatif penyatuan semula UMNO diperkenalkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyatukan orang Melayu dan menerima kembali bekas ahli menyertai parti itu.

Related Posts

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

KUALA LUMPUR – Hubungan kukuh antara kerajaan persekutuan dan negeri penting bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan tanpa berdepan kerenah birokrasi yang panjang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi