Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.

Beliau berkata, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat lebih memainkan peranan dan menjalankan tugasnya dengan baik, termasuk menggesa kerajaan mengadakan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membincangkan kesan krisis di Asia Barat terhadap Malaysia.

Beliau menegaskan, Sidang Khas Dewan Rakyat penting untuk diadakan bagi membincang dan membahaskan isu-isu berbangkit termasuk kos sara hidup dan keselamatan.

“Sebagai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menggesa kerajaan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Rakyat, tujuannya adalah untuk membincangkan, membahaskan dan mencari cara-cara untuk menangani kesan perang Teluk yang berpanjangan.

“Apa kesannya terhadap harga minyak, inflasi barangan, makanan dan keterjaminan makanan serta apa kesannya kepada keselamatan kita, contohnya Selat Melaka,” katanya dalam video ringkas yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, pada Rabu.

Bagaimanapun, dalam video sama, beliau yang juga bekas ahli Bersatu mempersoalkan niat Muhyiddin yang dilaporkan beberapa kali mendesak supaya jawatan Ketua Pembangkang diganti dan sekarang diisi dengan kadar segera.

“Tetapi Muhyiddin lebih berminat untuk mendesak supaya Ketua Pembangkang diganti dan sekarang diisi dengan secepat mungkin. Apa tujuannya?,” soalnya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sekali lagi mendesak supaya Pas mempercepatkan pelantikan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Hamzah yang meletakkan jawatan itu pada 11 April lalu.

Muhyiddin berkata, keputusan untuk mencadangkan nama seorang Ahli Parlimen Pas bagi menyandang jawatan itu sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Jadi sebagaimana yang saya sebutkan dahulu, kita minta ia disegerakan. Kita tunggu bila Pas sudah memilih dan nama itu akan terima untuk dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat maka jawatan itu (Ketua Pembangkang) akan dipenuhkan oleh PN,” katanya.

Related Posts

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Anthony Loke. Setiausaha Agung DAP itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekiranya DAP nak hapuskan Melayu Islam, kenapa aktiviti masjid menerima bantuan? – Joshua Woo

DAKWAAN bahawa DAP mahu menghapuskan Melayu dan Islam bukanlah tuduhan kecil. Apabila dakwaan seberat ini dilemparkan oleh Presiden Pas, sudah tentu ia perlu dinilai dengan fakta dan bukti, bukan sekadar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026