Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti.

Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu berlaku selepas mereka menerima surat tunjuk sebab berhubung ketidakhadiran dalam mesyuarat sah parti.

Katanya, daripada jumlah tersebut, ia termasuk Timbalan Ketua Cabang (TKC) dan Naib Ketua Cabang 1 (NKC1).

“Rata-rata mereka tidak pernah hadir walaupun satu mesyuarat atau hanya hadir satu hingga tiga mesyuarat sahaja.

“Mereka meletakkan jawatan selepas menerima satu surat tunjuk sebab yang menunjukkan bahawa mereka telah enam kali tidak hadir ke mesyuarat sah parti,” katanya menjawab laporan pergolakan parti itu di sini hari ini.

Menurut beliau, pelantikan tambahan dalam jawatankuasa dibuat bagi memastikan pergerakan parti terus berjalan.

“Selaku Ketua Cabang, saya berhak melantik tambahan 11 anggota parti ke dalam jawatankuasa bagi memastikan saya ada kuorum dan menjadi Ketua Cabang yang berfungsi.

“Pelantikan lain boleh dibuat bukan untuk menggantikan mereka tetapi bagi memastikan pergerakan parti terus berjalan,” ujarnya.

Tambah beliau, semua individu yang dilantik adalah dalam kalangan anggota yang komited kepada parti sejak dahulu.

“Semua yang dilantik adalah mereka yang komited kepada parti dari dulu sehingga kini, bukan anggota baru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sejak kemenangan dalam pemilihan, pihaknya telah mengadakan enam mesyuarat dan satu mesyuarat agung.

“Puluhan program telah dijalankan sejak itu walaupun tanpa kehadiran mereka.

“Mereka ini bukan saja tidak komited malah ada yang aktif berkempen untuk calon menentang parti dan ada yang menyerang parti dari semasa ke semasa,” katanya.

Related Posts

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

KANGAR – Polis mengklasifikasikan semula siasatan melibatkan penemuan rangka manusia di Bohor Mali di sini sebagai kes bunuh selepas penemuan kedua beberapa tulang dipercayai milik manusia di lokasi sama semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat