Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, perkara itu perlu mengambil kira tempoh had sesuatu pilihan raya boleh ditangguhkan dan implikasi yang terlibat.

“Sekiranya sebab mahu ditangguhkan itu kerana keadaan geopolitik, haruslah kita sedar keadaan geopolitik akan mengambil masa, tiada tempoh tertentu bila berakhir.

“Begitu juga dengan menangguhkan pilihan raya, ia juga ada tempoh tamatnya, bukan boleh ditangguh sampai bila-bila,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program terbitan Bernama Radio, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dilaporkan berkata beliau akan membawa usul bagi menangguhkan PRN Johor dan PRN Melaka ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang juga Pengerusi DAP Melaka mencadangkan supaya kerajaan negeri itu mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN susulan krisis bekalan tenaga.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, sebarang keputusan berkaitan PRN perlu mengambil kira realiti semasa serta tidak boleh ditangguhkan tanpa had, dan parti politik perlu bersedia untuk berdepan pilihan raya apabila tiba waktunya.

“Let face it when we need to face it (terima hakikat walaupun sukar), hadapi situasi dengan realistik,” katanya.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka tamat pada Disember ini, manakala DUN Johor pada April tahun hadapan.

Sementara itu, Fuziah berkata, PKR telah menerima beberapa aduan rasmi berhubung insiden berkaitan mesyuarat cabang parti itu, termasuk cabang di Puchong, Selangor yang didakwa berlaku sedikit kekecohan.

Beliau berkata, semua aduan itu akan diteliti oleh satu jawatankuasa khas sebelum sebarang keputusan rasmi dibuat.

“Setakat ini Pejabat Setiausaha Agung belum membuat keputusan sama ada nak mengesahkan atau membatalkan mesyuarat cabang tersebut.

“Kita masih kena teliti satu persatu, sebabnya tidak adil kalau kita hanya menerima laporan daripada satu pihak,” katanya.

Menurut laporan media, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR cabang Puchong pada 19 April lepas berlangsung dalam keadaan tidak teratur dan berlaku kekecohan, sekali gus mendorong pimpinan akar umbi menuntut agar mesyuarat itu dibatalkan dan diadakan semula.

Related Posts

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus memperkukuhkan struktur organisasi parti di peringkat negeri bagi memastikan kesiapsiagaan jentera serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja politik dan organisasi menjelang cabaran-cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun