Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

KANGAR – Polis mengklasifikasikan semula siasatan melibatkan penemuan rangka manusia di Bohor Mali di sini sebagai kes bunuh selepas penemuan kedua beberapa tulang dipercayai milik manusia di lokasi sama semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Md. Yusop berkata, kedua-dua kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, keputusan mengklasifikasikan semula kes dibuat susulan penemuan baharu yang berlaku kurang dua minggu selepas rangka manusia pertama ditemukan di kawasan tersebut pada 26 Julai lalu.

“Penemuan kedua dilaporkan kepada polis pada pukul 12.55 tengah hari selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Simpang Empat memaklumkan terdapat beberapa tulang yang terkeluar daripada sebuah guni putih yang lusuh dan koyak.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan beberapa tulang bersama sehelai seluar dalam jenis boxer, sehelai seluar pendek serta satu tali pinggang di dalam guni yang dipercayai telah lama berada di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, tulang berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki berusia 61 tahun ketika membersihkan kawasan tanah milik anak perempuannya yang baru dibeli kira-kira dua bulan lalu.


Katanya, lelaki terbabit sedang menebas semak dan meracun tumbuh-tumbuhan sebelum menyedari beberapa tulang terkeluar daripada guni berhampiran sempadan tanah tersebut dengan tanah rizab MADA.

“Hasil pemeriksaan pasukan forensik mendapati lokasi penemuan kedua hanya kira-kira 31.1 meter dari lokasi rangka manusia yang ditemukan pada 26 Julai lalu.

“Semua barang kes telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk analisis patologi dan keputusan awal dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu,” katanya.

Tambah Yusharifuddin, polis kini memberi tumpuan untuk mengenal pasti identiti mangsa selain menyiasat sama ada kedua-dua penemuan itu mempunyai kaitan.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Tengku Moh. Farid Tengku Ibrahim di talian 019-9939200 bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat