Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan stabil meskipun berlaku perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, situasi politik di peringkat negeri tidak menjejaskan kedudukan serta kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan dibentuk berasaskan persefahaman yang jelas menerusi perjanjian yang dimeterai antara parti-parti gabungan, selain komitmen berterusan daripada semua rakan kerjasama.

“Di peringkat kerajaan keseluruhan, kita telah menandatangani perjanjian persefahaman sebelum tertubuhnya Kerajaan Perpaduan dan komitmen daripada rakan-rakan gabungan juga sangat jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi meja bulat sempena pelancaran laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026 di sini, pada Khamis.

Fahmi menjawab soalan media mengenai kestabilan Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan politik yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau menegaskan, kerajaan ketika ini tidak melihat sebarang perkembangan yang boleh menggugat kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Kita tidak melihat ada apa-apa keadaan yang boleh menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan pada masa ini,” katanya.

Related Posts

Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana