Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan.

Berdasarkan data dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan, golongan pemuda mendominasi pendaftaran dengan 2,413 orang atau 65 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Ia diikuti kategori ahli biasa seramai 818 orang (22 peratus), Wanita 248 orang (7 peratus) dan Puteri 237 orang (6 peratus).

Asyraf Wajdi berkata, beliau sendiri meneliti dan meluluskan setiap permohonan sebaik sahaja sistem itu mula digunakan.

“Balik dari masjid pagi ini, saya semak sistem dashboard keahlian UMNO dan ambil masa untuk perhalusi serta meluluskan setiap permohonan.

“Letih juga tapi menyeronokkan dan mengujakan kerana tak sampai 24 jam sistem baru pendaftaran online dimuat naik, sudah 3,716 ahli baharu yang majoritinya di kalangan anak muda mendaftar,” katanya dalam Facebook.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara dalam talian bagi mempermudah kemasukan ahli baharu terutama dalam kalangan anak-anak muda.

Katanya, pindaan itu dibuat selepas tinjauan Pemuda dan Puteri UMNO dalam tempoh dua minggu di media sosial mendapati kira-kira 2,800 golongan muda berminat menyertai parti itu.

Related Posts

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

BERSATU mempersoalkan tindakan Pas yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu diasaskan, didaftarkan dan dibangunkan oleh Bersatu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Pas-Bersatu boleh jejas sokongan PN pada PRN Johor, Negeri Sembilan

KRISIS yang melanda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) berpotensi menghakis keyakinan pengundi, khususnya dalam kalangan kelas pertengahan, pengundi kritis dan kelompok progresif menjelang Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu