Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih belum mendapat peluang pekerjaan susulan tekanan daripada krisis bekalan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan memfokuskan kepada siswazah dan lulusan diploma yang masih menganggur agar kemahiran mereka dapat dimanfaatkan dan tidak terbiar.

“Saya akan umumkan langkah tambahan supaya kelompok yang tersisih daripada peluang pekerjaan termasuk siswazah menganggur ataupun yang lulusan diploma itu.

“Kita akan umumkan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di sini, hari ini.

Langkah berkenaan akan melengkapi pelbagai bantuan sedia ada termasuk pengekalan harga petrol melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) serta penerusan subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak.

Di samping itu, kerajaan turut meningkatkan bantuan bulanan di bawah BUDI Diesel dan Agri-Komoditi untuk pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil, selain menambah baik Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP).

Usaha lain termasuk penyediaan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Statistik terkini menunjukkan kadar pengangguran negara kekal pada 2.9 peratus setakat Februari 2026, dengan jumlah penganggur seramai 506,800 orang.

Related Posts

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

PUTRAJAYA – Peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2027 diunjurkan sekitar RM58 bilion, dengan 70 peratus daripadanya dijangka disalurkan kepada pembangunan asas. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jumlah itu masih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada landasan tepat bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Beri mandat pada PH, nilai rekod tadbir urus Aminuddin

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar