Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian Malaysia itu sekali gus dapat mengekalkan hubungan negara ini menerusi kerjasama dengan semua rakan utama dalam industri berkenaan.

“Malaysia mengamalkan dasar berkecuali aktif, yang bermaksud kita mengekalkan hubungan kerjasama dengan semua rakan utama.

“Pembekal Malaysia boleh memasuki rantaian bekalan anda tanpa komplikasi politik yang menyukarkan keputusan sumber di tempat lain. Dalam keadaan semasa, ini adalah pertimbangan komersial yang penting.

“Asas industri pertahanan yang sedang kita bina ialah satu ekosistem di mana syarikat Malaysia mampu memperoleh dan mengekalkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan antarabangsa berdasarkan keupayaan serta kualiti kerja mereka.

“Disiplin yang membolehkan kontrak dimenangi juga harus memastikan kontrak itu kekal. Itulah satu-satunya asas yang wajar dibangunkan,” katanya ketika berucap pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di MITEC, pada Isni.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, faktor yang meletakkan pengeluar Malaysia dalam rantaian bekalan komersial paling mencabar di dunia adalah sama relevannya dengan negara lain.

Dalam kalangan pemain industri aeroangkasa dan pertahanan, beliau berkata, Malaysia menggarap budaya ketepatan dan akauntabiliti yang memenuhi kehendak pembeli komersial yang paling teliti.

Dalam konteks mencakupi peranan kerajaan pula, beliau komited untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif serta bertanggungjawab memastikan asas atau ekosistem yang menyokong keputusan berkualiti tinggi.

“Dalam kebanyakan platform, ia membabitkan disiplin yang sama, dilaksanakan oleh tenaga kerja yang sama dan di fasiliti yang sama.

“Oleh itu, kepada kontraktor utama dan pembekal Tier 1 di sini (NATSEC) datanglah mengenali pengeluar kami. Luangkan masa bersama mereka.

“Sebahagian daripada anda telah pun melakukannya dan saya menggalakkan yang lain untuk mempertimbangkan dengan serius,” katanya.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak