Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan global dari pelbagai negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah sedemikian akan membolehkan pembekal dari Malaysia menembusi rantaian bekalan antarabangsa tanpa dibebani komplikasi politik.

Menurut beliau, dalam suasana ekonomi semasa yang mencabar, faktor itu dilihat sebagai satu kelebihan komersial yang signifikan.

“Usaha membangunkan industri pertahanan negara terus diperkukuh dengan memberi penekanan kepada keupayaan syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Syarikat Malaysia bukan sahaja digalakkan untuk mendapatkan tempat dalam rantaian bekalan antarabangsa, malah perlu mengekalkan kedudukan tersebut melalui kualiti kerja dan tahap disiplin yang tinggi.

“Kejayaan memenangi kontrak bukanlah penamat, sebaliknya disiplin dan prestasi berterusan menjadi faktor utama untuk memastikan kontrak terus dikekalkan. Prinsip ini dilihat sebagai asas kukuh dalam membina industri pertahanan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pame­ran Perkhidmatan Pertahanan ASIA (DSA) 2026 & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Isnin.

Sebanyak 1,456 syarikat pempamer dari 63 negara terlibat dalam edisi kali ini, peningkatan daripada 1,324 syarikat mewakili 60 negara pada edisi sebelumnya.

Mengulas lanjut, Anwar berpendapat, segala keputusan berkaitan aspek komersial terletak pada syarikat, manakala kerajaan memainkan peranan dengan memastikan kualiti asas setiap produk berada pada tahap terbaik.

“Apa yang meletakkan pengeluar Malaysia dalam rantaian bekalan komersial paling mencabar di dunia adalah perkara yang sama relevan kepada anda. Budaya ketepatan dan akauntabiliti yang memenuhi keperluan pembeli komersial paling teliti tidak berubah antara aeroangkasa awam dan pertahanan,”katanya.

Related Posts

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

IPOH – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM230 juta menerusi Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan golongan B40 di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

IPOH – Kerajaan MADANI meluluskan pengambilan 3,150 guru baharu, jumlah tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan memperkukuh sistem pendidikan negara dan kebajikan warga pendidik. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok