Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda aras (benchmark) baharu, khususnya melibatkan nilai ekonomi serta simbolik positif kepada negara.

Presiden Pemerhati rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, langkah itu mencerminkan kesungguhan negara dalam mengurus aset yang dirampas secara profesional dan berpiawaian tinggi di samping suatu tindakan progresif dalam menjaga integriti fizikal barang kes.

Menurut beliau, cadangan mempamerkan karya seni ini kepada umum selepas proses perundangan selesai juga wajar disokong kerana mampu menjadi instrumen pendidikan awam tentang bahaya rasuah dan ketirisan aset negara.

“MCW percaya bahawa kejayaan sebenar dalam kes seperti ini bukan sekadar merampas aset tetapi memastikan ia diurus dengan penuh integriti, dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk manfaat dan dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang.

“Kita menegaskan bahawa setiap aset yang berjaya diselamatkan adalah simbol kemenangan rakyat Malaysia terhadap rasuah dan tanggungjawab kita bersama adalah memastikan kemenangan ini tidak disia-siakan oleh kelemahan tadbir urus,” katanya menerus kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jais mencadangkan SPRM melaksanakan tiga langkah penting dalam usaha memperkukuh aspek ketelusan dan akauntabiliti membabitkan pelbagai kes sedang dikendalikannya.

Katanya, tiga cadangan dikemukakan MCW adalah menyediakan pelaporan berkala kepada awam, pelaksanaan audit bebas serta pengesahan nilai, selain mempertimbangkan garis panduan nasional bagi pengurusan aset rampasan berprofil tinggi.

“MCW ingin menegaskan bahawa aspek ketelusan dan akauntabiliti tidak boleh diketepikan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian serius, pertama, status pemilikan, nilai semasa dan perkembangan kes perlucutan hak perlu dikongsi secara telus bagi mengelakkan sebarang persepsi salah.

“Kedua adalah audit bebas dan pengesahan nilai, di mana penilaian karya seni perlu disahkan oleh pihak bebas bagi memastikan tiada manipulasi nilai atau konflik kepentingan.

“Terakhir adalah rangka kerja polisi nasional dengan kerajaan perlu mempertimbangkan satu garis panduan nasional khusus bagi pengurusan aset rampasan berprofil tinggi termasuk seni, hartanah dan aset luar negara,” katanya.

Terdahulu, SPRM memperkukuh komitmen dalam memelihara integriti aset negara menerusi kerjasama strategik bersama LPSVN khususnya membabitkan aspek teknikal pemuliharaan empat karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan kes 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, rampasan karya seni ini bukan sekadar kejayaan penguatkuasaan malah membuktikan usaha berterusan SPRM dalam membanteras jenayah kewangan berskala besar demi membawa pulang khazanah milik negara.

Beliau berkata, SPRM turut berhasrat untuk menjadikan karya seni ini sebagai sebahagian daripada bahan sejarah negara untuk dipamerkan kepada umum setelah semua proses undang-undang selesai kerana ia adalah simbolik kepada ketegasan negara dalam menentang ketirisan aset melalui amalan rasuah.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat