Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

LAHAD DATU – Semua kenderaan berat termasuk lori tidak dibenarkan memasuki dan menggunakan laluan Jalan Dam sepanjang berlangsungnya Program Ijtimak bermula 25 hingga 27 September ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, larangan itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta pergerakan orang ramai yang menghadiri program berkenaan.

“Pemandu kenderaan berat dan lori dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan dan gangguan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Pengguna jalan raya pemandu kenderaan berat serta orang ramai turut diminta mematuhi arahan polis dan petugas trafik dengan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Difahamkan, majlis ilmu berkenaan yang menghimpunkan puluhan ribu umat Islam akan diadakan di tapak Ijtimak Palm Height.

Related Posts

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

LAHAD DATU – Seramai 5,233 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dihantar pulang ke negara masing-masing sejak 1 Januari tahun ini hingga Khamis. Jabatan Imigresen Sabah memaklumkan, daripada jumlah itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

SIBU – Pelajar di kawasan luar bandar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar memaksimumkan peluang pendidikan tinggi yang semakin berkembang di Sarawak tanpa menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

PDRM, MCMC perlu siasat segera video pementasan didakwa hina institusi Raja

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda

Kutip dana bayar denda, UMNO beri mesej salah kepada generasi muda

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak