11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.45 pagi, 1 April lalu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham keluarga yang kemudian membawa kepada pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak.

“Akibat kejadian itu, semua yang terlibat mengalami kecederaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua 11 individu berusia antara 18 hingga 67 tahun yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, seorang lelaki berusia 36 tahun akan didakwa di Mahkamah Tumpat pada Ahad ini di bawah Seksyen 334 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, polis mengambil tindakan sewajarnya dan menjalankan siasatan secara telus, profesional serta menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta menggugat ketenteraman awam,” ujarnya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor