Insentif tambahan jadi rahmat kepada petani

ALOR SETAR – Pengumuman Kerajaan MADANI menghulurkan insentif tambahan kepada pesawah, petani dan pekebun kecil memberi kelegaan kepada mereka.

Petani, Faizal Faisol, 48, dari Kampung Alor Biak, Air Hitam berkata, pengumuman itu memberi kelegaan kepada petani yang sangat mengharapkan imbuhan bagi meneruskan sawah mereka pada musim ini.

Katanya, kenaikan bahan api sejak akhir ini sangat membebankan mereka hingga ada setengah petani sudah mula menangguh kerja penanaman bagi musim ini.

“Kami sangat merasa gembira dengan kenyataan dari Kerajaan MADANI turut menambahkan lagi imbuhan bagi kerja pembajakan dari RM160 hingga RM300.

‘Seandainya kerajaan hari ini tidak menaikkan insentif ini saya yakin ramai petani akan berehat sementara sehingga masalah global itu selesai,” ujarnya yang mengusaha sawah 1.5 hektar sawah.

Bagaimanapun katanya, pengumuman berita baik tersebut menunjukkan Kerajaan MADANI peka dengan masalah petani .

Pengumuman itu juga, memberi semangat baharu kepada petani untuk mengerjakan sawah tidak lama lagi.

Bagi rakannya, Arshad Awang, 52, pula berkata, petani di sini sangat berterima kasih dengan pengumuman itu.

Katanya, ini jelas Kerajaan MADANI sentiasa mendengar keluhan rakyat dan tidak mahu petani dibebankan dengan masalah global hari ini.

“Umumnya pun mengetahui masalah hari ini tetapi kerajaan sanggup melakukan apa sahaja supaya petani tidak terbeban.

“Insentif tambahan ini juga diharap dapat mengekalkan pengeluaran tanaman negara walaupun berhadapan dengan masalah global,” ujarnya.

Related Posts

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

KOTA BELUD – Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah, khususnya penduduk di daerah tersebut apabila ia mula beroperasi kelak. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

KOTA KINABALU – Pusat sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting sebagai hab komuniti dengan pelbagai program bermanfaat yang membantu masyarakat setempat termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI