Wanita Miri diburu, tinggalkan bagasi berisi syabu RM1.22 juta di KLIA

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita berasal dari Miri, Sarawak melarikan diri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyedari bagasinya ditahan pihak berkuasa kini diburu polis.

Suspek yang dikenali sebagai Syazwani Farhana Dron beralamat di Kampung Tudan, Lutong, Miri, dikehendaki bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah jenis syabu seberat 24.5 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.225 juta.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis (CP) Datuk Pahlawan Shazeli Datuk Kahar berkata, kejadian berlaku pada 30 Mac lalu apabila anggota Polis Bantuan Malaysia Airports Berhad mengesan sebuah bagasi yang mencurigakan ketika proses imbasan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan teliti mendapati bagasi berkenaan mengandungi 23 bungkusan plastik yang disyaki berisi dadah jenis syabu.

“Suspek yang juga pemilik bagasi berkenaan telah dipanggil untuk tujuan pengesahan, namun sebaik menyedari penemuan itu, dia terus bertindak melarikan diri dari terminal KLIA dan tidak menaiki penerbangan yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shazeli berkata, siasatan awal mendapati kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan ke pasaran di sekitar Sabah.

Menurutnya, pihak polis kini telah menyenaraikan wanita terbabit sebagai individu dikehendaki (wanted person) dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung lokasi atau pergerakan wanita ini diminta tampil segera bagi membantu polis melengkapkan siasatan,” tegasnya.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang