Umat Islam perlu kuasai ilmu teknologi baharu

KUALA NERUS – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di negara ini agar memperkukuh penguasaan ilmu teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI) tanpa meminggirkan nilai tradisi serta penghayatan al-Quran.

Perdana Menteri berkata, penguasaan ilmu baharu itu adalah persiapan kritikal bagi menghadapi cabaran semasa dunia, di samping memastikan umat Islam terus berpegang teguh kepada ajaran agama.

“Kita harus menggapai di langit melalui penguasaan ilmu baharu seperti AI dan teknologi maklumat, namun pada masa sama, landasan tradisi dan nilai Islam tidak boleh ditinggalkan.

“Inilah persiapan yang diperlukan untuk memecahkan tembok menghalangi kemajuan kita,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mengulas situasi global, Anwar berkata konflik melanda Gaza, selatan Lubnan serta serangan ke atas Iran perlu dijadikan pengajaran besar tentang kepentingan kesiapsiagaan ilmu serta teknologi.

Beliau berkata, keganasan rejim Zionis Israel selama lebih tujuh dekad itu menunjukkan tanpa kekuatan akidah, sahsiah dan kepintaran teknologi, umat Islam akan terus berdepan dengan kepincangan.

“Sebelum ini tiap kali serangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat itu hampir tidak berupaya dibalas.

“Hanya kali ini kita melihat zahirnya kekuatan baharu, melalui kekuatan semangat dan daya juang disertai dengan kekuatan serta kecanggihan teknologi,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan keperluan merombak sistem pendidikan negara supaya kekal berlandaskan akar tradisi sambil meneroka bidang serta teknologi baharu secara serius.

“Saya rumuskan dengan mengatakan bahawa memang sistem penjajah di seluruh dunia Islam itu berhasil merobohkan kekuatan lama tanpa upaya membina yang baharu,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu