Projek pembangunan SK Kampung Alit pertingkatkan kemudahan rakyat

KABONG – Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Alit dan kawasan sekitarnya terus memberi manfaat signifikan kepada rakyat, khususnya dalam mempertingkat kemudahan pendidikan, infrastruktur awam serta kesejahteraan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah membawa impak positif yang ketara kepada penduduk Kampung Alit.

Menurut beliau, antara projek utama yang telah siap dilaksanakan ialah naik taraf Dewan Terbuka SK Kampung Alit bernilai RM250,000, naik taraf padang sekolah (RM200,000) serta pembinaan dan naik taraf gelanggang futsal bernilai RM300,000 yang kini menjadi kemudahan penting kepada golongan belia.

“Padang sekolah yang telah dinaik taraf kini mencapai saiz standard dan berupaya menjadi lokasi penganjuran pertandingan bola sepak peringkat Bahagian Betong, sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SK Kampung Alit 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Tambah beliau, projek berskala besar seperti pembinaan dewan masyarakat bernilai RM2.5 juta serta projek tebatan banjir bernilai RM10 juta turut dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan mengurangkan risiko bencana.

Dalam usaha menangani isu banjir, satu lagi projek perparitan yang melibatkan penggantian kira-kira 40 pembentung sedang dirancang bagi memastikan sistem saliran lebih efisien dan berfungsi dengan baik.

Selain itu, projek lain seperti naik taraf jalan kubur Kampung Alit (RM1 juta), pembinaan pondok rondaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), pembinaan gelanggang badminton di Rh Ek Ulu Alit serta naik taraf rumah ibadat turut memberi manfaat dari segi kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan sosial masyarakat.

Dalam majlis sama, beliau turut merasmikan Astaka Ombak Rindu SK Kampung Alit yang baharu, lengkap dengan kemudahan kipas angin bagi meningkatkan keselesaan pelajar dan warga sekolah.

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada PIBG SK Kampung Alit.

Majlis yang berlangsung meriah itu bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan komuniti, malah mencerminkan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat di Kampung Alit.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini