400,000 transaksi direkod guna ANPR sejak Januari

KUALA LUMPUR – Sistem pembayaran tol digital berasaskan pengecaman nombor plat automatik (ANPR) terus menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 400,000 transaksi direkodkan sejak Januari lalu menerusi aplikasi JustGo Malaysia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, angka itu mencerminkan jumlah kenderaan yang melalui lorong tol dengan bayaran diproses secara automatik tanpa henti.

Menurutnya, ia juga merupakan perkembangan positif hasil pelaksanaan projek rintis membabitkan sembilan plaza tol di jajaran Hutan Kampung di Kedah hingga Sungai Dua di Pulau Pinang yang membabitkan 78 lorong keseluruhannya.

“Perkembangan tersebut menunjukkan sistem berkenaan sedang beroperasi dengan baik dan lancar tanpa sebarang isu teknikal besar setakat ini.

“Ini petanda baik bahawa sistem ini boleh diuruskan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KKR bagi bulan April 2026 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid KKR, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, seramai 28,000 pengguna telah berdaftar menggunakan aplikasi JustGo Malaysia yang dibangunkan oleh PLUS Malaysia Berhad bersama rakan konsesi lain.

“Data yang dikumpulkan melalui sistem ini akan membantu kerajaan menilai prestasi serta mempercepatkan proses membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ANPR dan peralihan ke arah sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF),” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan meletakkan sasaran peluasan sepenuhnya pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di seluruh negara menjelang tahun hadapan.

“Peluasan sistem ini akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak konsesi bersama kerajaan bagi memastikan kelancaran di semua lebuh raya utama.

“Kita serahkan kepada pihak konsesi untuk perluaskan. Sasaran besar kita adalah pelaksanaan MLFF sepenuhnya menjelang 2027,” katanya.

Pada 18 Februari lalu, aplikasi JustGO Malaysia merekodkan hampir 200,000 muat turun selepas pelancaran rasmi sistem ANPR pada 12 Februari lalu.

JustGO Malaysia berkata, kaunter pengaktifan JustGO telah disediakan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kedah, termasuk di kawasan Rehat dan Rawat Gurun dan Hentian Sebelah Juru, bagi membantu pengguna membuat pendaftaran serta mendapatkan maklumat lanjut.

Related Posts

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Empat belas pertubuhan masyarakat sivil menggesa semua dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan sepenuhnya, dengan menegaskan ketelusan penting bagi memelihara keyakinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan menghormati keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya