Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,

Menurut data perkapalan, kapal Rich Starry dipercayai menjadi yang pertama berjaya melalui selat tersebut dan keluar dari Teluk sejak sekatan itu bermula, berdasarkan data daripada LSEG, MarineTraffic dan Kpler.

Kapal tangki itu bersama pemiliknya, Shanghai Xuanrun Shipping, dikenakan sekatan oleh AS kerana berurusan dengan Iran. Syarikat berkenaan tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

Rich Starry merupakan kapal tangki bersaiz sederhana yang membawa kira-kira 250,000 tong metanol, menurut data tersebut. Ia memuatkan kargo itu di pelabuhan terakhirnya di Hamriyah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Data juga menunjukkan kapal milik China itu mempunyai kru warga China di atas kapal.

Sebuah lagi kapal tangki yang dikenakan sekatan oleh AS, Murlikishan, turut dilaporkan menuju ke Selat Hormuz pada 12 April, menurut data LSEG.

Kapal tangki kosong bersaiz mudah alih itu dijangka memuatkan minyak bahan api di Iraq pada 16 April, berdasarkan data Kpler.

Kapal tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagai MKA, pernah mengangkut minyak dari Rusia dan Iran.

Related Posts

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat negeri itu. Anwar berkata, beliau menghormati peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027