KKM perlu laksana pelan menyeluruh atasi kekurangan doktor di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa agar menyegerakan pelaksanaan pelan tindakan menyeluruh dan berkesan bagi menangani isu kekurangan doktor di Sabah yang disifatkan semakin serius serta telah lama berlarutan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, kenyataan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, mengenai jurang besar jumlah doktor di negeri ini membuktikan masalah berkenaan tidak lagi boleh dipandang ringan.

“Situasi semasa yang menunjukkan jumlah doktor jauh daripada keperluan sebenar bukan sahaja memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan negeri, malah turut menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Isu ini amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera serta bersepadu daripada semua pihak berkepentingan khususnya KKM.

“Kekurangan tenaga doktor akan menyebabkan beban kerja meningkat, tempoh menunggu rawatan menjadi lebih lama dan akses kepada perkhidmatan kesihatan semakin terbatas,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Yazid, berdasarkan laporan yang diterima, hanya 2,884 doktor kini berkhidmat di Sabah berbanding keperluan sebenar yang dianggarkan mencecah sekitar 9,000 orang.

“Kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan melalui KKM perlu merangka dan melaksanakan pelan tindakan lebih komprehensif bagi menambah jumlah tenaga kerja doktor khususnya di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan di Sabah.

“Langkah strategik yang perlu diberi keutamaan termasuk penambahan kuota penempatan doktor, pemberian insentif khas kepada doktor yang berkhidmat di Sabah serta penambahbaikan kemudahan kesihatan di seluruh negeri.

“Langkah ini perlu dipercepatkan supaya rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti.

“Kerajaan juga perlu memberi perhatian serius terhadap faktor kebajikan dan persekitaran kerja doktor agar mereka terus kekal berkhidmat di negeri ini, termasuk anak-anak Sabah yang berkhidmat sebagai doktor, khususnya di kawasan yang berdepan kekangan kemudahan asas,” ujarnya.

Tambahnya, usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri adalah selari dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menekankan kesejahteraan rakyat sebagai teras pembangunan.

“Rakyat Sabah berhak mendapat akses kesihatan yang berkualiti dan setara seperti dinikmati di negeri lain.

“Justeru, tindakan segera dan komitmen berterusan amat diperlukan bagi memastikan isu ini tidak terus berlarutan serta dapat diselesaikan secara tuntas,” katanya.

Tambahnya lagi, isu kenaikan pangkat atau grad pegawai perubatan yang sedang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan negeri ini juga perlu permudahkan, bagi menarik mereka untuk kekal dan tidak meninggalkan perkhidmatan apabila mendapat tawaran menarik di hospital dan klinik swasta.

“Amalan sekarang yang mewajibkan mereka mendaftar untuk menghadiri temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menyebabkan ramai pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan apabila mendapat tawaran daripada pihak swasta”, tegasnya.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari