Anthony ‘berang’ perkhidmatan rel sering alami gangguan

PUTRAJAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diarahkan untuk memberi perhatian serius serta keutamaan kepada usaha menangani isu teknikal yang sering mengganggu operasi perkhidmatan rel.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, isu gangguan teknikal dihadapi operator LRT, MRT dan KL Monorel sudah diutarakannya kepada Prasarana terutama ketika kerajaan sedang menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Beliau mengakui tiada siapa mahu isu teknikal dan gangguan berlaku secara berterusan, justeru kerajaan berusaha sedaya upaya untuk meminimumkannya.

“Memang ada cabaran… betul dalam beberapa minggu ini (kerap ada gangguan perkhidmatan rel) saya pun berang tiap-tiap minggu ada gangguan.

“Apabila kita nak galakkan orang ramai (guna perkhidmatan rel), saya tahu respon orang ramai akan kata, ini Menteri minta kita pakai tren tetapi tiap-tiap hari ada gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api, pada Selasa.

Dalam pada itu, Loke mengakui ada antara insiden gangguan tidak dapat dijangka seperti kerosakan pada peralatan yang menyebabkan stesen terbabit tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Kita bagi perhatian kepada sistem isyarat, tren dan sebagainya, tiba-tiba suis rosak. Suis rosak menyebabkan stesen itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Jadi ini menyebabkan ada gangguan terhadap tren semalam. Ini memang sesuatu cabaran besar kepada kita,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah diarahkan untuk menyiasat insiden gangguan berulang dialami perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada awal Ramadan.

Loke dilaporkan berkata, beliau juga mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam mesyuarat pasca Kabinet berserta pelan tindakan pemulihan segera.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak