Polis tahan 3 suspek kes dera kanak-kanak sampai mati

KUALA TERENGGANU – Polis menahan tiga individu termasuk bapa angkat bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai akibat didera.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, tangkapan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Payong, semalam.

​”Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri, tiada degupan jantung dan tiada tindak balas anak mata.

​”Pemeriksaan fizikal turut menemukan kesan lebam serta luka pada dada dan paha kiri, manakala paha kanan mangsa mengalami bengkak yang serius,” katanya, lapor Sinar Harian.

​Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan komplikasi iskimia anggota badan yang akut (complication of acute limb ischemia).

​”Kecederaan patah tulang paha telah menekan otot dan salur darah utama. Komplikasi ini menjadi parah apabila mangsa tidak menerima rawatan dengan segera,” ujarnya.

Menurut Azli, berdasarkan maklumat, mangsa tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Banggol Katong, di sini kira-kira tiga bulan lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati salah seorang suspek iaitu bapa angkat mangsa mempunyai 11 rekod jenayah lampau dan positif methamphetamine,” ujarnya.

Jelas beliau, ​kesemua suspek kini direman enam hari – sehingga 19 April – untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“​Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar