Cadangan tangguh PRN Johor, Melaka akan dibawa ke Mesyuarat MKT UMNO

KULAI – Cadangan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka susulan krisis geopolitik Asia Barat akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat ini.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, cadangan berkenaan dibuat dengan mengambil kira ketidaktentuan geopolitik semasa serta kesukaran yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, berdasarkan pertimbangan logik politik, pelaksanaan pilihan raya dalam situasi tidak menentu adalah tidak sesuai.

Katanya, mesyuarat yang akan diadakan di Melaka itu dijangka membincangkan perkara berkenaan secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kalau ketidaktentuan politik yang berlaku di luar dan melihat kesusahan rakyat sekarang, mungkin tak adalah PRN minggu depan, itu pandangan logik politik.

“Tak perlu mesyuarat besar pun untuk menyatakan itu dari segi logik politik. Apabila geopolitik payah, masalah harga barang begitu begini, tak akan kita nak buat pilihan raya ketika masalah ini berlaku.

“Jadi, saya ingin mengesyorkan apabila masalah selesai, baru kita boleh pilihan raya dengan tenang. Selagi keadaan tidak tenang, maka PRN Melaka dan Johor perlu difikirkan satu tarikh yang paling strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulai di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan bahawa PRN Johor sebelum ini diadakan pada Mac 2022 dan mandatnya dijangka berakhir pada Mac 2027, manakala PRN Melaka berlangsung pada November 2021 dan mandatnya dijangka tamat pada penghujung tahun ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kedua-dua PRN berkenaan dilaksanakan secara serentak bagi mengoptimumkan kos serta sumber pelaksanaan pilihan raya.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri