JKOM Sarawak dekati rakyat menerusi program MADANI x KAWAN, perkasa penyampaian maklumat

ENGKILILI – Peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak dalam memperkukuh sistem penyampaian maklumat kerajaan terus diperkasa menerusi penganjuran Program Hasrat MADANI x KAWAN (Key Communicator) yang berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat di Skrang, Engkilili.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa berkata, program tersebut menjadi platform penting bagi memastikan dasar dan inisiatif kerajaan disampaikan secara tepat dan berkesan hingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, komitmen tinggi JKOM Sarawak sebagai penganjur jelas terserlah apabila jabatan itu berjaya menggerakkan pelbagai agensi kerajaan untuk turun padang dan memberikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

“Usaha JKOM membawa program seperti ini ke kawasan luar bandar amat kita hargai kerana ia membolehkan rakyat berinteraksi secara langsung dengan pelbagai agensi kerajaan tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan pada Sabtu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Pengarah JKOM Zon Sarawak merangkap Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Judy Henry Anchangan serta seluruh warga kerja jabatan itu atas dedikasi mereka memastikan kelancaran program.

Mengulas lanjut, Dr Johnichal menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif KAWAN oleh JKOM telah berjaya memperkukuh peranan pemimpin masyarakat seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Tuai Rumah sebagai ejen penyampai maklumat yang sahih kepada komuniti.

“Melalui pendekatan KAWAN ini, masyarakat bukan sahaja dapat menerima maklumat yang tepat, malah ia mampu menangkis sebarang kekeliruan, sekali gus meningkatkan kefahaman mereka terhadap bentuk bantuan dan dasar kerajaan,” jelasnya.

Pada majlis yang sama, pelbagai agensi kerajaan turut membuka kaunter bagi menyediakan perkhidmatan dan konsultasi secara terus kepada penduduk setempat.

Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MySalam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Inisiatif tersebut secara tidak langsung membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian agar lebih efisien dan mesra rakyat.

Tambah Dr Johnichal, beliau berharap momentum kerjasama strategik antara JKOM, agensi kerajaan dengan pemimpin komuniti dapat diteruskan demi memastikan pembangunan serta kesejahteraan hidup rakyat di Engkilili sentiasa terbela.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK