ASEAN perkukuh kerangka kewangan mampan hadapi ketidaktentuan global

PUTRAJAYA – ASEAN terus mempergiat usaha merangka pelan kewangan mampan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi serantau susulan ketidaktentuan geopolitik global, khususnya di Asia Barat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat (AFMGM) ke-13 yang berlangsung secara dalam talian pada 10 April.

“ASEAN melahirkan kebimbangan mengenai ketegangan Timur Tengah dan kesannya terhadap perdagangan global, tenaga dan risiko seperti tarif, pemecahan geoekonomi dan kelemahan hutang.

“Mesyuarat tersebut mengalu-alukan cadangan penubuhan kemudahan bernilai USD30 bilion oleh Bank Pembangunan Asia untuk 2026-2030 bagi menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, penubuhan semula Pengaturan Swap ASEAN akan memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan kewangan rantau ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, selaku ketua delegasi bank pusat Malaysia.

Persidangan berkenaan dipengerusikan bersama oleh wakil tuan rumah Filipina, Setiausaha Jabatan Kewangan, Frederick D. Go, serta Gabenor Bangko Sentral ng Pilipinas, Eli M. Remolona Jr..

Menurut Amir Hamzah, mesyuarat berkenaan turut menilai kemajuan dalam pembangunan pasaran modal ASEAN yang lebih mampan dan berdaya tahan, di samping memperkukuh ketersambungan sistem pembayaran serantau serta meningkatkan tahap kesihatan kewangan melalui rangka kerja pengukuran bersama.

“Dalam memajukan kewangan lestari, Menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat menyatakan kemajuan dalam Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Lestari dan perancangan yang kukuh di bawah Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN (ACGF), berjumlah AS$19.4 bilion dalam projek untuk 2026-2028.

“Pelancaran Dana Ketersambungan Serantau (RCF) untuk Tenaga pada 7 April 2026 juga dialu-alukan sebagai langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan tenaga serantau dan menyokong Grid Kuasa ASEAN,” katanya lagi.

Selain itu, AFMGM serta mesyuarat berkaitannya turut memanfaatkan penglibatan berterusan rakan strategik luar dan institusi kewangan antarabangsa dalam memperluas pertukaran pandangan berkaitan perkembangan ekonomi serantau dan global.

Antara pihak terlibat termasuk Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Perbendaharaan Australia, majlis perniagaan ASEAN bersama rakan antarabangsa, serta institusi kewangan utama seperti Asian Development Bank, International Monetary Fund dan World Bank.

Related Posts

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dakwaan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian ketika tempoh peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat minyak berkaitan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB