Anggota polis ditempatkan di stesen minyak, bendung ketirisan bahan api

KOTA KINABALU – Kerajaan memperkukuh kawalan di stesen minyak dengan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyokong operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam membanteras ketirisan dan penyeludupan bahan api.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April lalu sebagai langkah memperkasa pemantauan di kawasan berisiko tinggi penyeludupan terutama berhampiran sempadan.

“Langkah berkenaan diambil susulan peningkatan risiko ketirisan petrol dan diesel akibat krisis tenaga global yang tercetus berikutan konflik di Asia Barat.

“Sejak 20 Mac lalu, penguatkuasa KPDN sudah ditempatkan secara berkala di stesen minyak sekitar kawasan sempadan seluruh negara.

“Laporan Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan mendapati keperluan untuk memperluaskan pemantauan statik ke lebih banyak lokasi berisiko,” kongsinya semasa sidang media pada Program Inisiatif Ihsan FoodBank ( i-Bf) Santuni Komuniti@ Dapur kita-kita, di sini pada Sabtu.

Menurut Armizan, bantuan PDRM diperlukan bagi menampung kekangan jumlah anggota penguatkuasa KPDN.

“Langkah itu juga bagi memastikan pemantauan lebih menyeluruh terhadap status bekalan bahan api dan harga barangan di seluruh negara.

“Krisis tenaga global bukan sahaja memberi kesan kepada harga, tetapi turut menjejaskan rantaian bekalan makanan dan barangan, khususnya melibatkan sumber import.

“Fasa pertama bermula 20 Mac hingga 10 April lalu membabitkan 87 stesen minyak.

“Fasa kedua yang bermula minggu depan akan melibatkan tambahan 70 stesen bersama penugasan anggota polis.

“Kita akan terus memantau keperluan peluasan ini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Armizan berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan penglibatan sukarelawan RELA bagi membantu pemantauan statik di stesen minyak seluruh negara.

“Langkah bersepadu itu dilihat sebagai pendekatan ‘whole-of-government’ bagi memastikan bekalan bahan api negara kekal terkawal serta sampai kepada pengguna yang layak tanpa ketirisan dalam rantaian pengagihan,” katanya.

Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa. MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi