Suspek kes serang guna parang didakwa minggu depan

BERA – Polis mengesahkan dua lelaki akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes serangan menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, suspek pertama ditahan pada 4 April lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur, manakala empat lagi suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera secara berperingkat bermula 6 April.

“Hasil siasatan dijalankan, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis menerima arahan untuk menuduh dua suspek,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek pertama akan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata, manakala suspek kedua mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, tiga lagi individu yang ditahan akan dijadikan saksi pendakwaan, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis masih mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes sama.

“Kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Maran dan Logathevan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan