Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel dalam satu serbuan awal pagi Khamis.

Operasi bersepadu menerusi Ops Tiris 4.0 dan Ops Jeriji itu turut menyita pelbagai peralatan termasuk sebuah lori tiga tan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM56,371.40.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam di Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar itu dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Manjung dengan kerjasama pasukan Polis Marin.

“Hasil risikan mendapati premis berkenaan dijadikan pusat pengumpulan diesel secara tidak sah sebelum diedarkan ke pasaran industri.

“Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan dikesan sedang memindahkan cecair disyaki diesel dari lori ke dalam tangki bekas pukal perantaraan (IBC),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati lori terbabit telah diubah suai dengan pemasangan tangki fiber tambahan bagi menyimpan diesel dalam kuantiti besar.

Tambah beliau, siasatan turut menemui lapan invois pembelian yang menunjukkan suspek membuat pembelian berulang di stesen minyak sama di Sitiawan bagi mengumpul bekalan sebelum disimpan di stor dan dijual semula kepada pihak industri.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita satu skid tank, dua tangki IBC, dua pam elektrik, satu tangki fiber serta empat unit hos.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24