Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang konkrit dicapai cukup menjengkelkan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR Sabah merangkap ketua AMK Penampang, Eldridge Laurence Timis berkata, sikap Datuk Ewon Benedick dan Datuk Wilfred Madius Tangau dalam hal ini amat mengecewakan.

“Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan memuktamadkan formula dan jumlah bayaran 40 peratus mewakili Kerajaan Sabah.

“Jika benar beliau serius memperjuangkan hak Sabah, maka tindakan paling berintegriti adalah mempertimbangkan peletakan jawatan di peringkat negeri.

“Begitu juga Datuk Wilfred Madius Tangau yang kini pengerusi POIC sebuah GLC negeri dengan imbuhan lima angka.

“Kegagalan kedua-dua politikus ini menimbulkan persoalan adakah jawatan itu digunakan untuk memperjuangkan negeri, atau sekadar menikmati imbuhan dan elaun puluhan ribu ringgit sambil bermain retorik politik demi kepentingan peribadi?,” soalnya.

Tambah Eldridge, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen jelas untuk menyelesaikan isu 40 peratus Sabah secara berstruktur mereka memilih untuk terus bermain persepsi seolah-olah tiada usaha dilakukan.

“Hakikatnya, proses yang sedang berjalan kini adalah yang terbaik sejak hampir enam dekad tiada perkembangan.

“Penyelesaian teknikal antara Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah mekanisme ‘government-to-government’ yang perlu diberi ruang secukupnya bagi memuktamadkan formula serta jumlah bayaran berdasarkan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks ini adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari secara sebelah pihak,” ujarnya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Katanya lagi , sekiranya rundingan ini gagal mencapai kata sepakat, ia merupakan kegagalan kedua-dua iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan bukan alasan untuk mempolitikkan isu demi kepentingan sempit.

“Sabah tidak memerlukan retorik politik yang berterusan tetapi memerlukan kepimpinan yang berani membuat keputusan, berunding dengan tegas bagi pihak rakyat dan mencapai hasil,” ujarnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP