PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, beberapa individu telah dikenal pasti bagi membantu siasatan, termasuk melibatkan mereka yang berada di dalam dan luar negara.

Menurut beliau siasatan turut melibatkan pihak luar negara, sekali gus memerlukan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) serta agensi berkaitan.

“Kes ini masih berada pada peringkat awal siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga hasil siasatan dimuktamadkan.

“Siasatan tetap diteruskan seperti yang diarahkan,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman, pada Jumaat.

Terdahulu, PDRM mengesahkan serbuan dilakukan ke atas beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin yang didakwa mempunyai kaitan dengan mafia korporat.

Media sebelum ini melaporkan premis milik individu berkenaan diserbu bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan PDRM, dengan beberapa dokumen turut disita bagi membantu siasatan.

Susulan itu, Victor dilaporkan menafikan pembabitannya dalam kegiatan mafia korporat seperti yang didakwa.

Menerusi kenyataan e-mel kepada Bloomberg, beliau tidak menafikan kewujudan kumpulan berkenaan, namun menegaskan dirinya tidak terlibat.

Related Posts

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat