MoT pergiat usaha pastikan kelangsungan industri penerbangan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) memperkukuh usaha bagi memastikan kelangsungan industri penerbangan negara melalui perbincangan berterusan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menterinya, Anthony Loke berkata, satu sesi libat urus bersama pihak industri penerbangan akan diadakan minggu depan untuk membincangkan langkah yang diambil MoT susulan krisis tenaga global.

“Seminggu dua lalu, saya berjumpa CAAM, berbincang dengan MAHB… kita akan terus mengadakan sesi libat urus dengan industri penerbangan pada minggu depan untuk memberi respons kepada industri penerbangan (mengenai) apa langkah berkaitan bagi membantu kelangsungan industri penerbangan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa krisis global turut mendorong MoT menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, terutama di Semenanjung.

“Kita berharap dapat juga tunjukkan bahawa apa dilakukan oleh kerajaan, khususnya dalam pembinaan kemudahan rel terutama landasan-landasan kereta api yang menelan belanja cukup besar, semua ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat,” katanya.

Loke berkata, MoT menjangka rakyat akan mengubah tingkah laku dengan beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik (EV) pada masa depan.

Justeru, katanya, MoT bertanggungjawab memastikan sistem pengangkutan awam beroperasi dengan kecekapan, kebolehpercayaan dan keselesaan optimum.

Dalam masa sama, beliau menekankan isu keselamatan jalan raya terus menjadi keutamaan kerajaan, dengan langkah tegas dan respons pantas untuk mengurangkan kemalangan, terutamanya yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

“Kita mengaku isu sebegini merupakan isu besar kepada masyarakat… ia meragut nyawa manusia dan sudah tentu setiap kali apabila berlaku kemalangan, ia akan mendapat perhatian cukup besar daripada masyarakat.

“Jadi, kita perlu membuat respons lebih cepat untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin. MoT akan terus memastikan langkah keselamatan dapat diambil, dan perubahan dari segi pindaan kepada undang-undang akan sentiasa dikaji,” katanya.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak