Kilang sarung tangan ‘degil’ diserbu lagi, 79 warga Bangladesh ditahan

IPOH – Kegiatan menggaji pekerja asing secara tidak sah di dua kilang pembuatan sarung tangan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor di sini sekali lagi terbongkar apabila seramai 79 warga Bangladesh ditahan dalam operasi bersepadu pada Rabu.

Operasi yang diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak itu turut melibatkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bermula sekitar jam 7 malam.

Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee berkata, serbuan dilakukan secara berasingan di dua premis berkenaan, dengan 56 warga asing ditahan dalam operasi pertama manakala 23 lagi diberkas di kilang kedua ketika pertukaran syif pekerja.

Menurutnya, kedua-dua kilang terbabit bukan kali pertama diserbu, malah pernah dikenakan tindakan tahun lalu, menjadikan kes ini sebagai kesalahan berulang yang serius.

“Syarikat ini pernah diserbu sebelum ini, namun masih melakukan kesalahan sama. Justeru, kita akan jalankan siasatan menyeluruh dan tidak menolak kemungkinan untuk mendakwa majikan bersama,” katanya pada sidang media di lokasi operasi, Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan utama yang dikesan termasuk menyalahgunakan pas lawatan dengan tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta bekerja tanpa kebenaran sah.

Malah, siasatan awal turut mendapati pihak pengurusan kedua-dua kilang yang bernaung di bawah satu syarikat induk dipercayai menggaji pekerja asing yang didaftarkan di sektor atau syarikat lain.

“Perbuatan ini jelas melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” tegasnya.

Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti kesalahan masing-masing, sementara tindakan terhadap majikan kini dalam penelitian pihak berkuasa.

Related Posts

Jasa penderma darah terus dihargai

SANDAKAN: Jasa penderma darah sukarela serta komitmen pelbagai agensi, pertubuhan dan syarikat dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit terus dihargai menerusi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

SIBU – Golongan pelajar disaran memainkan peranan lebih aktif sebagai ejen perubahan dengan memperkukuh pengetahuan mengenai dasar dan hala tuju pembangunan Sarawak bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa