Bunuh kekasih, remaja dipenjara sehingga perkenan TYT Sabah

TAWAU – Mahkamah Tinggi pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang remaja lelaki warga Indonesia selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya di sebuah ladang sawit, di Kalabakan, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos, memerintahkan tertuduh berumur 16 tahun itu menjalani hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah, selaras dengan Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi meneliti laporan akhlak yang dikemukakan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tawau.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pemegang pasport Indonesia berumur 13 tahun (ketika kejadian) didakwa membunuh kekasihnya Nur Zahirah Safarudin, 13, yang juga warga Indonesia antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, pada 4 Januari 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ditemukan dalam parit di kawasan ladang berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Liew Hon Min.

Related Posts

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

LIMBANG – Pesta Makan Tahun Kedayan Edisi Ke-10 bukan sekadar menjadi platform meraikan warisan budaya masyarakat Kedayan, malah membuktikan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti itu terus utuh dalam mendepani arus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

SHAH ALAM – Festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 bukan sekadar acara automotif, malah menjadi platform yang membuktikan industri kreatif mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pelancongan Selangor, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit