Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu.

Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan senjata atau penangguhkan serangan itu tertakluk kepada persetujuan negara itu untuk membuka Selat Hormuz secara sepenuhnya, serta-merta dan selamat.

Katanya, keputusan dicapai itu susulan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif termasuk Panglima Tentera negara itu, Asim Munir, yang memohon agar tindakan ketenteraan ditangguhkan.

Jelasnya, penangguhan itu akan menjadi gencatan senjata dua hala, sekali gus membuka ruang kepada rundingan lanjut antara AS dan Iran.

“Saya bersetuju menangguhkan pengeboman serta serangan terhadap Iran bagi tempoh dua minggu.

“Ini akan menjadi gencatan senjata dua hala. Sebab tindakan ini diambil adalah kerana kita telah mencapai dan melebihi semua objektif ketenteraan.

“Kini berada pada tahap sangat hampir untuk mencapai satu perjanjian muktamad berkaitan keamanan jangka panjang dengan Iran, serta keamanan di Asia Barat,” katanya.

Menurut Trump, pihaknya turut menerima cadangan mengandungi 10 perkara dari Iran yang beliau percaya boleh menjadi asas pelaksanaan rundingan antara kedua-dua negara.

“Hampir semua perkara yang menjadi pertikaian sebelum ini dipersetujui antara AS dan Iran, namun tempoh dua minggu ini akan membolehkan perjanjian dimuktamad dan dimeterai.

“Bagi pihak AS, sebagai Presiden dan juga mewakili negara di Asia Barat, adalah satu penghormatan untuk melihat isu jangka panjang ini hampir mencapai penyelesaian,” katanya.

Trump sebelum ini memberi amaran akan mengarahkan serangan besar-besaran ke atas loji janakuasa awam dan jambatan di Iran, sekiranya Tehran gagal mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik yang berlarutan selama lima minggu.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak