Malaysia gesa pelan AS-Iran diperluas jadi perjanjian damai menyeluruh

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan bahawa pelan 10 perkara berkaitan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran perlu diperluas menjadi perjanjian damai komprehensif yang merangkumi seluruh rantau Asia Barat termasuk Iraq, Lubnan dan Yaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia komited untuk menyokong segala usaha ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau melalui pelaksanaan pelan berkenaan.

Beliau menyifatkan cadangan tersebut sebagai satu perkembangan positif yang mampu menjadi asas kepada pemulihan keamanan bukan sahaja di rantau terbabit, malah di peringkat global.

“Saya menyambut baik sepenuhnya perkembangan terbaru dalam konflik membabitkan AS dan Iran pada saat ini, khususnya berhubung pelan 10 perkara yang dicadangkan Iran dan diterima secara positif AS.

“Rundingan damai tidak akan membuahkan hasil sekiranya prosiding tersebut diselubungi dengan penipuan dan kepura-puraan.

“Adalah sangat mustahak untuk pelan 10 perkara ini diterjemahkan kepada satu perjanjian damai yang komprehensif, bukan sekadar untuk Iran, tetapi juga buat Iraq, Lubnan, dan Yaman,” katanya melalui kenyataan media, di sini.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan penangguhan tindakan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu.

Laporan Anadolu Ajansi menyebut bahawa keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan Panglima Tentera Darat negara itu, Asim Munir, dengan syarat Iran membuka semula Selat Hormuz sepenuhnya, serta-merta dan selamat.

Pelan berkenaan mengandungi 10 perkara utama, antaranya jaminan keselamatan terhadap Iran, penamatan konflik secara kekal, penghentian serangan Israel di Lubnan serta penarikan sekatan oleh AS.

Selain itu, ia turut melibatkan penyelesaian konflik serantau membabitkan sekutu Iran, pembukaan Selat Hormuz, serta pengenaan bayaran sebanyak AS$2 juta bagi setiap kapal yang melalui laluan tersebut.

Hasil kutipan itu akan dikongsi dengan Oman, selain digunakan oleh Iran untuk tujuan pembinaan semula, di samping penetapan peraturan bagi memastikan laluan selamat di Selat Hormuz.

Dalam perkembangan sama, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sekatan kepada penduduk awam yang terjejas akibat konflik tersebut.

Beliau turut menekankan keperluan menghentikan genosid serta penafian hak rakyat Palestin, khususnya di Gaza.

“Biarlah ini menjadi titik tolak ke arah keamanan yang abadi. Dunia tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan selain daripada kedamaian,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Pakistan dan Perdana Menterinya atas usaha diplomatik yang berterusan dalam membantu merealisasikan perkembangan tersebut.

“Sekali lagi, saya merakamkan ucapan tahniah yang tulus dan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pakistan dan Perdana Menteri (Shehbaz Sharif) atas diplomasi yang gigih dan berani dalam membantu mewujudkan detik ini.

“Kesediaan Pakistan untuk berbicara dengan semua pihak, tanpa rasa gentar atau pilih kasih, mencerminkan tradisi tertinggi solidariti Muslim dan tanggungjawab antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok