Bapa dipenjara 165 tahun,10 sebatan perkosa dua anak kandung

LAHAD DATU – Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 165 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan oleh Mahkamah Sekyen pada Rabu selepas didapati bersalah atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya sejak mereka masih di bawah umur.

Tertuduh yang berumur 54 tahun, bekerja sebagai pekebun membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suhailla Selag.

Manakala, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Mohaideen.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, tertuduh dipercayai melakukan perbuatan terkutuk berkenaan berulang kali dalam tempoh beberapa tahun sehingga terbongkar selepas kedua-dua mangsa tampil membuat laporan polis di Tawau.

“Mangsa masing-masing berumur 25 dan 22 tahun didakwa sering dipaksa melayan nafsu bapanya dengan ugutan akan dipukul jika menolak.

“Mangsa berumur 25 tahun mula menjadi mangsa semasa umurnya 15 tahun manakala seorang lagi semasa berumur 18 tahun di beberapa lokasi sekitar Tawau dan Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Jimmy, suspek turut berdepan 11 pertuduhan masing-masing lima pertuduhan yang dilakukan terhadap mangsa 25 tahun dan enam pertuduhan bagi mangsa 22 tahun.

Katanya, suspek didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos