Subsidi RON95 masih kekal meski perang di Asia Barat

RAKYAT Malaysia terus kekal menikmati RON95 bersubsidi dengan harga RM1.99 seliter untuk enam minggu berturut-turut sejak krisis Asia Barat meletus.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit RON95 meningkat kepada RM4.27 seliter berbanding RM3.87 seliter sebelum ini.

Manakala harga runcit bagi RON97 meningkat sebanyak 40 sen kepada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter sebelum ini bagi tempoh sama.

Harga runcit diesel di Semenanjung terus meningkat kepada RM6.72 seliter bagi tempoh 9 April hingga 15 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 70 sen berbanding tempoh sebelumnya iaitu RM6.02 seliter.

MoF berkata, krisis Asia Barat telah meningkatkan kos petroleum serta kos berkaitan termasuk logistik dan insurans.

“Walaupun terdapat penurunan harga minyak mentah global hari ini berikutan pengumuman gencatan senjata, kesannya tidak serta-merta diterjemahkan kepada penurunan harga runcit bahan api di Malaysia.

“Ini kerana harga pam di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya, bukannya harga semasa hari ini.

“Sehubungan itu, harga semasa masih mencerminkan kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu ketika pasaran global berada pada paras lebih tinggi, mencecah sekitar AS$150 setong bagi produk petrol dan AS$250 setong bagi produk diesel,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti RON95 (BUDI95) pada kadar RM1.99, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM2.15), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (RM2.05) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (RM2.15) bagi setiap liter.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan