Pusat jagaan warga tua di Sabah masih berdepan kekangan operasi

PAPAR – Pusat jagaan warga tua di Sabah masih berdepan pelbagai kekangan operasi walaupun menerima bantuan kerajaan, sekali gus memerlukan penyelarasan lebih kukuh serta sokongan lebih meluas daripada pelbagai pihak.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki berkata, lawatan kerja beliau ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard di Kinarut mendedahkan masih wujud jurang yang berterusan, khususnya dari segi pembiayaan dan penyediaan kemudahan asas.

“Bantuan sedia ada daripada kerajaan memang ada walau bagaimanapun masih belum mencukupi untuk menampung keperluan operasi harian pusat jagaan tersebut.

“Perlu ada penyelarasan lebih baik melibatkan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta, menurutnya daripadakenyataan media pada Rabu,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Julita memaklumkan isu bekalan air di pusat berkenaan akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa berkaitan bagi tindakan lanjut.

“Kita akan berhubung dengan agensi terlibat dan terus memantau keadaan bagi memastikan keperluan asas dapat ditangani.

“Kementerian akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk memudah cara sumbangan dalam bentuk program sukarelawan, perkhidmatan dan bantuan kewangan.

“Masih ada ruang untuk penglibatan lebih tersusun daripada pelbagai pihak, sokongan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga melalui masa, kepakaran dan program komuniti,” ujarnya.

Tambah Julita, usaha berterusan amat penting bagi memastikan warga emas mendapat penjagaan yang konsisten dan tidak terpinggir, selari dengan peningkatan keperluan terhadap perkhidmatan tersebut.

Terdahulu, program berkenaan turut diisi dengan sambutan hari jadi bagi penghuni yang lahir antara Januari hingga April, selain aktiviti santai bersama warga emas.

Julita turut memuji inisiatif penghuni rumah jagaan itu yang mengusahakan projek hidroponik sejak tahun lalu, termasuk penanaman sayur seperti pak choy dan salad coral untuk dijual kepada pengunjung serta kakitangan.

Beliau juga menggalakkan lebih banyak pusat jagaan melaksanakan inisiatif sama bagi menggalakkan penuaan aktif dan penglibatan bermakna dalam kalangan warga emas.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula