Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

TUARAN – Kerajaan Negeri Sabah mahu lebih banyak fasiliti perubatan dan hospital pakar dibangunkan termasuk penambahan doktor pakar bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa dan berkesan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah mempunyai cabaran tersendiri dari segi keluasan geografi, taburan penduduk dan aksesibiliti perkhidmatan kesihatan.

“Cabaran itu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha memastikan setiap rakyat termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman dan sukar dicapai memperoleh akses kepada perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti dan saksama.

“Kita mahu melihat lebih banyak fasiliti perubatan dan hospital-hospital pakar dibangunkan termasuk penambahan doktor pakar agar rakyat di negeri ini menikmati kemudahan perubatan yang lebih selesa dan berkesan,” katanya semasa berucap pada Program Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBATS) Peringkat Zon Borneo di Dewan Seri Sulaman Tuaran, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian terhadap usaha meningkatkan kemudahan dan fasiliti perubatan di Sabah bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

“Kerjasama strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Institut Jantung Negara (IJN) bagi pembinaan sebuah hospital jantung bertaraf dunia di Kota Kinabalu yang dimeterai pada April lalu diharapkan dapat direalisasikan.

“Inisiatif ini diharapkan menjadi kenyataan dan memperkasakan akses rawatan jantung di Sabah,” ujarnya.

Dakam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sinergi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan agenda kesihatan dan kesejahteraan rakyat terus diperkasa.

“Sokongan terhadap usaha memperkukuh perkhidmatan kesihatan akan sentiasa tersedia demi memastikan rakyat Sabah mendapat perkhidmatan kesihatan yang tepat, cepat, selamat dan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Related Posts

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

TUARAN – Punca sebenar seorang wanita berusia 24 tahun di Batu Pahat, Johor, yang dilaporkan terlantar selepas mengambil Mounjaro masih belum dapat dipastikan dan kini menunggu dapatan lanjut pihak kesihatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

TUARAN – Penggunaan ubat tidak sah boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan fungsi hati malah boleh membawa maut. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Menteri tunggu dapatan kes wanita 24 tahun selepas ambil Mounjaro

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Ubat tidak sah boleh rosakkan buah pinggang, hati – Hajiji

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Sabah mahu lebih banyak hospital pakar, doktor pakar

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly