Had BUDI95 diselaras 200 liter, harga RON95 dikekalkan lindungi pengguna

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menurunkan had kelayakan di bawah BUDI95 kepada 200 liter sebulan berbanding menaikkan harga petrol RON95 bersubsidi dalam usaha melindungi kepentingan majoriti rakyat ketika berdepan ketidaktentuan bekalan dan kenaikan harga minyak global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah menaikkan harga bahan api akan memberi kesan menyeluruh kepada semua pengguna, manakala pengurangan kuota adalah lebih bersasar.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira analisis data serta implikasi menyeluruh bagi mengurangkan beban rakyat susulan perkembangan krisis tenaga dunia.

Menurut beliau, walaupun kenaikan kecil seperti daripada RM1.99 kepada RM2.05 seliter, ia tetap memberi kesan langsung kepada semua pengguna tanpa pengecualian.

“Pelarasan kuota penggunaan hanya memberi kesan kepada sebahagian kecil pengguna memandangkan berdasarkan data, kira-kira 90 peratus rakyat tidak terjejas dengan langkah pengurangan kuota daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.

“Walaupun ada pihak terkesan dengan pelarasan dasar itu, langkah ini dianggap terbaik buat masa ini dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global.

“Segala langkah yang diambil adalah sebahagian daripada strategi jangka sederhana dan panjang untuk memastikan daya tahan ekonomi negara, di samping menangani cabaran semasa.

“Keutamaan adalah memastikan bekalan mencukupi, diikuti usaha menstabilkan harga dan mengurangkan ketirisan sambil terus membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendekatan kerajaan yang memilih untuk mengurangkan kuota penggunaan RON95 berbanding menaikkan harga bagi menangani gangguan bekalan minyak global, termasuk kesan daripada penutupan Selat Hormuz susulan konflik di Asia Barat.

Tambah beliau, kebanyakan pengguna di negara ini menggunakan sekitar 100 liter RON95 sebulan, menjadikan pelarasan tersebut tidak membebankan majoriti rakyat.

Katanya, kerajaan turut meneliti faktor geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang memberi kesan besar kepada pasaran tenaga dunia.

Amir Hamzah menjelaskan bahawa Selat Hormuz merupakan laluan penting yang menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak global dan sebarang gangguan di kawasan itu boleh menyebabkan kekurangan bekalan serta peningkatan harga minyak di peringkat antarabangsa.

“Data global menunjukkan harga petrol meningkat kirakira 80 peratus, manakala diesel naik sehingga 160 peratus. Ini memberi tekanan kepada semua negara termasuk Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan diesel, beliau berkata kerajaan melaksanakan pendekatan berbeza menerusi pemberian bantuan tunai secara bersasar.

Katanya, bantuan kepada individu dan sektor pertanian dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 susulan kenaikan harga diesel di pasaran global.

Menurutnya, langkah itu bertujuan mengimbangi kesan kenaikan harga di samping mengurangkan jurang harga yang boleh mencetuskan aktiviti penyeludupan dan ketirisan.

“Jika jurang harga terlalu besar, risiko penyeludupan meningkat dan ini akhirnya merugikan negara kerana subsidi yang dibayar adalah menggunakan dana rakyat,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri