RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) menggesa audit keselamatan struktur secara menyeluruh dan segera terhadap semua papan iklan berskala besar yang berpotensi membahayakan pengguna di sepanjang lebuh raya utama.

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, RSEA, Jamil Manan Supri berkata, gesaan itu susulan kejadian lewat malam tadi apabila sebuah struktur besar dilaporkan tumbang merentangi Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Shah Alam di Kilometer (KM) 8.4 arah utara.

Katanya, kwjadian itu menyebabkan semua lorong arah berkenaan terhalang dan kesesakan lalu lintas panjang.

“Pemandu yang bergerak pada kelajuan tinggi hanya mempunyai beberapa saat untuk mengesan, bertindak balas dan mengelakkan halangan yang muncul secara tiba-tiba.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan kemalangan serius atau maut, termasuk membabitkan ramai pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RSEA berkata, pemeriksaan terhadap struktur berisiko tidak seharusnya terhad kepada pemeriksaan visual, sebaliknya perlu meliputi keadaan asas struktur dan lain-lain.

Pemeriksaan tambahan, katanya, perlu dilaksanakan selepas kejadian cuaca ekstrem, pelanggaran kenderaan atau sebarang insiden luar biasa yang berpotensi menjejaskan integriti struktur.

Dalam pada itu, RSEA mencadangkan penubuhan Daftar Keselamatan Struktur Pengiklanan Lebuh Raya Kebangsaan bagi merekodkan maklumat pemilik, pereka bentuk, pemasang, status kelulusan, pensijilan struktur, rekod pemeriksaan, penyelenggaraan dan tarikh pemeriksaan seterusnya bagi setiap struktur berisiko tinggi.

Selain aspek struktur, RSEA turut meminta kawalan lebih ketat terhadap papan iklan bercahaya dan paparan digital di lebuh raya.

Katanya, tahap kecerahan, silau, paparan berkelip, animasi, perubahan imej terlalu pantas, kontras warna, waktu operasi serta kedudukan paparan dalam medan penglihatan pemandu perlu dikawal.

“Kejadian ini harus menjadi peringatan kepada semua pihak berkuasa berkaitan, pengendali lebuh raya, pemilik papan iklan serta pengiklan bahawa keselamatan tidak boleh dilihat sebagai syarat kelulusan sekali sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, RSEA mencadangkan pengurusan struktur pengiklanan di lebuh raya berasaskan empat prinsip utama iaitu pematuhan, pengurusan risiko, prestasi keselamatan dan akauntabiliti.

“RSEA tidak menentang aktiviti pengiklanan yang bertanggungjawab. Namun, kepentingan komersial tidak boleh sama sekali mengatasi keselamatan pengguna jalan raya.

“Satu struktur yang tumbang sudah cukup menjadi amaran. Kita tidak seharusnya menunggu struktur seterusnya mengorbankan nyawa sebelum tindakan pencegahan diambil,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun