KPDN patahkan cubaan seleweng 4,000 liter diesel bersubsidi

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi menerusi satu serbuan di sebuah premis di Demak Laut.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew anak Dominic Barin berkata, serbuan bersepadu di bawah Ops Tiris 4.0 itu dijalankan sekitar jam 9.30 pagi dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan bersama yang mana premis berkenaan disyaki telah digunakan sebagai tempat penyimpanan barang kawalan berjadual tanpa permit yang sah daripada pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 4,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM8,600 telah disimpan di dalam sebuah tangki (skid tank). Nilai rampasan keseluruhan dalam operasi ini dipercayai bernilai RM10,400,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Matthew memaklumkan satu kes telah dihasilkan menerusi Ops 555 dan Ops Jeriji di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 yang mana jika disabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, denda yang dikenakan adalah tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan KPDN Sarawak sentiasa komited dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti PDRM bagi membanteras penyelewengan barang kawalan yang boleh menjejaskan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyelewengan subsidi negara.

Sehubungan itu, orang awam diseru untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa dalam membantu kelancaran operasi penguatkuasaan dan sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-848 8000, e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my, Pusat Panggilan di 1-800-886-800, atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Related Posts

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

ROBAN – Sambutan Hari Gawai 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Roban pada Sabtu disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

BATU PAHAT – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung serentak disifatkan sebagai detik penting bagi memastikan kesinambungan kestabilan politik negara serta mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar