Lelaki kantoi simpan 288 peket minyak masak bernilai RM720

BALING – Tindakan seorang lelaki menyimpan 288 peket minyak masak polibeg satu kilogram (kg) dipercayai untuk menggoreng kerepek membawa padah apabila sebuah rumah di Kampung Sungai Limau, di sini diserbu penguat kuasa pada Ahad lalu.

Serbuan ke atas premis memproses makanan ringan itu dilakukan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Baling kira-kira pukul 11 pagi hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan sejumlah minyak masak yang dipercayai digunakan bagi tujuan menggoreng kerepek.

“Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal mengemukakan permit atau kebenaran pengawal bekalan untuk menyimpan minyak masak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya bertindak menyita kesemua 288 peket minyak masak yang dianggarkan bernilai RM720.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122),” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM