Cubaan seludup 400 liter petrol melalui kereta diubah suai terbongkar

BUKIT KAYU HITAM – Seorang warga Thailand ditahan bersama 400 liter petrol yang disembunyikan dalam tangki kenderaan diubahsuai, disyaki untuk diseludup ke negara jiran.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd Yusof berkata, tangkapan dibuat semasa pemeriksaan laluan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada Isnin ke atas sebuah kereta yang dilihat mencurigakan.

Menurutnya, penahanan ke atas lelaki berusia 50-an itu dibuat sekitar jam 10.45 pagi di Blok B, laluan keluar Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Kenderaan diubahsuai di bahagian tempat duduk belakang.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan berdaftar Thailand yang berada dalam keadaan mencurigakan, pihak berkuasa telah menemui pengubahsuaian pada bahagian belakang serta ruang tempat duduk kenderaan tersebut yang dipercayai digunakan bagi tujuan menyeludup minyak petrol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah anggaran 400 liter petrol disembunyikan dalam kenderaan tersebut dengan nilai sekitar RM1,550,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, turut dirampas adalah sebuah kenderaan jenis Toyota Camry berwarna hitam bernombor pendaftaran Thailand.

Jelasnya, jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6,550.

“Tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, pihak berkuasa akan terus mempergiat penguatkuasaan di pintu masuk sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terpelihara.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit