Pahang fokus raih kejayaan peringkat kebangsaan, antarabangsa

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang komited untuk memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai antara yang terkehadapan di peringkat nasional dan antarabangsa, susulan pelbagai pencapaian membanggakan berjaya diraih.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha ini termasuklah dalam bentuk ekonomi dan fizikal yang dilihat dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Semalam, saya difahamkan, kita diumumkan dua daerah di Pahang dapat bandar bahagia, iaitu Raub dan Lipis… ini bermakna negeri Pahang, setiap sekali ada pengumuman yang memberi penghargaan, (nama) Pahang tidak tercicir.

“Malahan beberapa hari ni, Indesk Perpaduan Nasional, kita dapat nombor satu.

“Ini satu yang saya fikir membanggakan rakyat negeri Pahang dan kerajaan negeri akan teruskan usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kemajuan sama ada fizikal, ekonomi dan juga lain-lain yang bersabit dengan rakyat,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Maahad Tahfiz Negeri Pahang Dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, hari ini.

Seramai 66 pelajar cemerlang menerima insentif RM1,000 daripada kerajaan Pahang dan RM500 daripada Yayasan Pahang pada majlis itu.

Mengulas mengenai kedudukan keputusan peperiksaan SPM, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik kepada pelajar di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan, kita buat yang terbaik, kita menyediakan kemudahan yang terbaik.

“Tetapi selebih itu, ibu bapa dan anak-anak yang mainkan peranan.

“Saya juga ucapkan syabas, tahniah kerana kita berjaya mendapat tempat kedua terbaik di peringkat kebangsaan, negeri yang pertama, tetapi kalau termasuk Putrajaya, kita kedualah,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit